My Stories

RARE!! NASI LEMAK SANTAN KELAPA SAWIT J


MKay pun first time rasa tempohari. Officemate yang promote, ONLY AT DAYABUMI katanya haha. 2-3 kali jugak pergi gerai tu, tapi biasanya SOLD OUT. Alhamdulillah satu pagi tu, dapatlah juga beli…itu pun tinggal 2 bungkus je.

Sebungkus RM 2.50, which is MKay rasa acceptable, tak terlalu murah/mahal. First experience dari luar, kita takkan tahu yang nasi lemak tu diperbuat dari santan kelapa sawit sebab packaging sama macam nasi lemak daun pisang biasa.

So….kenelah bukak bungkusan haha. Bila bukak, wangi daun pisang as usual. First suapan, rasa sedappp…. cuma tak boleh nak differentiate lagi. After 4-5 suap barulah dapat summarized. Apa yang MKay dapat buat kesimpulan, rasa santan kelapa sawit ni lebih mild compared to santan kelapa biasa.


MKay ade search apa kelebihan santan kelapa sawit ni dan jumpa artikel from Utusan Malaysia;

"Dari segi tekstur, rasa dan bau santan sawit dan santan kelapa tiada beza.

"Malah, santan sawit memiliki kelebihan yang tiada pada santan kelapa," ujarnya ketika ditemui di kilang pemprosesan santan sawit di Serdang, Selangor baru-baru ini.
Jelas Jasri, santan sawit yang dihasilkannya memiliki kandungan asid lemak yang lebih rendah, kurang kolestrol, kaya dengan vitamin A dan E selain dapat bertahan lebih lama daripada santan biasa.

"Malah penggunaan santan sawit ini hanya separuh daripada santan kelapa kerana ia lebih pekat.

"Selain itu ia juga tidak berbau tengik jika disimpan lama di tempat yang dingin ia dapat bertahan lebih lama," katanya.

Santan sawit dalam bungkusan mampu bertahan sehingga tiga bulan dan jika telah dibuka ia bertahan selama sebulan di dalam tempat yang dingin.


For those wanna try, boleh je nak text MKay @ 0132288703 atau datang terus Dayabumi. Tapi……tak sure stock ade ke tak hihi….

No comments:

Post a Comment