Tuesday, 21 March 2017

BOLEH KE BERSALIN CAESAREAN PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL??


MKay nak berkongsi kisah one of TLCian bernama Kila yang berpengalaman pakai Premium Beautiful selepas bersalin caesarean. Full story boleh baca di http://www.yushakilayunus.com/

Hari nie Kila nak share macam mana cara atau langkah-langkah nak mula pakai Premium Beautiful selepas menjalani pembedahan samada disebabkan melahirkan atau pembedahan disebabkan penyakit tertentu...

Untuk pengetahuan semua, Premium Beautiful nie merupakan alternatif terbaik untuk menyembuhkan luka pembedahan kita kerana adanya Teknologi FIR pada Premium Beautiful nie yang membantu luka pembedahan kita sembuh dengan lebih cepat dari biasa. 

FIR yang terdapat pada Premium Beautiful berfungsi melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan dengan sempurna. Dengan ini, tenaga dalam badan juga cepat pulih dari biasa. 

Ok lah, based on pengalaman Kila sendiri yang bersalin secara caesarean/czer memang dapat rasakan perbezaan yang ketara bila mengenakan Premium Beautiful selepas pembedahan melahirkan anak yang ketiga.

Ramai juga kenalan yang tanya, macam mana nak start pakai Premium Beautiful lepas kene bedah...?? Sebab rata-rata dari kenalan yang Kila jumpa sendiri memang rasa takut untuk buat apa-apa selepas dibedah...takut dan ngeri kerana risau luka bedah tidak sembuh atau berdarah semula....

Kat sini Kila akan kongsikan cara yang terbaik berdasarkan pengalaman sendiri untuk mula memakai Premium Beautiful selepas pembedahan...semoga bermanfaat untuk para ibu yang sedang mencari-cari cara terbaik untuk dapatkan semula body shape macm sebelum mengandung dahulu....  

**********************************************************************************************
Mula-mula sekali...sebelum mengenakan apa-apa bengkung, barut or what ever balutan yang boleh membantu luka itu sembuh dengan lebih cepat, first of all MESTI pastikan luka jahitan bahagian luar kering sepenuhnya. Sebelum memakai Premium Beautiful boleh anginkan bahagian luka/perut pada kipas angin untuk pastikan luka benar-benar kering. Ini bagi mengelakkan luka menjadi lembap akibat lebihan air yang terperangkap di celah-celah bahagian luka atau disebabkan peluh yang terperangkap seterusnya akan mengakibatkan luka menjadi basah dan berair semula. 

Selepas pastikan luka luar kering, boleh mula pakai Premium Beautiful. Premium Beautiful terdiri daripada 3 bahagian yang berbeza iaitu LONG BRA, WAIST NIPPER dan LONG GIRDLE. Bagi ibu yang dah melepasi tempoh berpantang boleh lah mula pakai full set Premium Beautiful nie. Apa yang Kila nak advise kat sini ialah bagi ibu yang nak mula pakai ketika dalam tempoh berpantang, ibu-ibu boleh mula dengan memakai LONG GIRDLE terlebih dahulu. Ini kerana seperti yang sedia maklum fungsi Long Girdle juga lebih kepada untuk menjaga rahim kita, jadi memang elok sangat lah kalau ibu-ibu mula dengan memakai Long Girdle terlebih dahulu. Tambahan lagi, memang sangat selesa bila menyarung Long Girdle nie sebab rahim kita sepenuhnya akan dipegang kemas oleh Long Girdle tersebut. Kita juga akan selesa untuk bergerak samada nak duduk, bangun, baring dan sebagainya tanpa risau akan luka jahitan tersebut. 


Bagi Kila pula, dalam tempoh berpantang lebih kurang 2-3 minggu selepas pembedahan, Kila mula pakai Premium Beautiful bermula dengan WAIST NIPPER. Memang ada sedikit perbezaan nak start pakai Premium Beautiful bahagian yang mana dahulu. Bagi yang nak mula pakai dengan WAIST NIPPER juga tiada masalah cuma kene lebih berhati-hati. Waist Nipper lebih fokus kepada bahagian perut iaitu di atas rahim kita. Lebih membantu di bahagian pinggang. Jadi keapada ibu-ibu yang mengalami sakit pinggang dan sakit belakang terutama ketika menyusukan bayi boleh pakai WAIST NIPPER bagi bantu kurangkan rasa sakit tersebut. Namun perlu berhati-hati kerana WAIST NIPPER hanya akan cover di bahagian perut sahaja. Oleh itu garisan Waist Nipper tersebut betul-betul berada di bahagian luka jahitan kita. Maka, bagi ibu-ibu yang nak mula pakai Premium Beautiful dengan WAIST NIPPER, apa yang Kila suggest ialah tarik sedikit Waist Nipper ke bawah setiap kali bergerak samada nak bangun, duduk, berdiri dan sebagainya. Ini adalah sementara, selepas kita benar-benar selesa dan keadaan kembali seperti biasa. 
Dan yang ketiga, adalah lebih baik jika bemula dengan memakai LONG GIRDLE kemudian memakai WAIST NIPPER dalam masa yang sama kerana hasilnya adalah double tripple. Dan tentunya para ibu akan lebih selesa sebab tak risau bahagian luka jahitan berasa sakit kerana dah dijaga rapi oleh 2bahagian Premium Beautiful tadi.  

MANFAAT BERPANTANG BERSAMA PREMIUM BEAUTIFUL
# Rasa ngilu, pedih dan berdenyut di bahagian luka czer beransur sembuh dan pulih seawal tiga hari (pengalaman Kila sendiri)
# Badan rasa bertenaga
# Bahagian luka tidak berasa sakit ketika ketawa, terbersin mahupun batuk - pengalaman Kila bersalin anak pertama secara czer juga tidak boleh ketawa dan batuk selama 2minggu pertama kerana tekanan di bahgaian luka menyebabkan sakit
# Pergerakan lebih mudah dan tak sakit, nak bangun dari berbaring serta ketika menyusukan anak
# Darah nifas keluar berketul-ketul
# Badan sentiasa rasa hangat kerana FIR yang ada dalam Premium Beautiful ini
# Luka jahitan luar labih cepat kering dan sembuh berbanding biasa
# Memperkemas dan menyengkak rahim dari jatuh sebab czer tak boleh urut
# Mengeluarkan angin dalam badan
# Kurang risiko bayi terkena jaundice yang tinggi kerana FIR pada Premium Beautiful juga membantu menghalang risiko jaundice/kuning yang tinggi
# Jimat tenaga dan kos sebab beli sekali, boleh pakai lagi lepas berpantang seterusnya untuk kelahiran akan datang juga....

Kila harap perkongsian Kila kali nie dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang mencari-cari sesuatu untuk menjaga aset terpenting dalam badan kita nie. Kita hanya ada satu body, tulang empat kerat yang akan bekerja untuk kita seumur hidup. So, why not just invest sekali untuk pulangan yang berkali-kali. Kita akan rasa lebih baik jika dah berusaha membuat sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri daripada menyesal sebab tak melakukan apa-apa then just redha dan terima keadaan penyakit nak datang dan sebagainya...tubuh badan kita adalah anugerah terbesar dari Allah SWT untuk kita jaga sebaiknya...

Bagi yang nak kan demo berkenaan Premium Beautiful untuk dipakai ketika berpantang, boleh contact Kila yer....MKay akan bagi FREE Services, demo+fitting sekali gus! Free gift serta harga TERBAEKKK bagi mereka yang nak dapatkan secara cash.....and MKay juga ada offer pembelian secara ansuran with T&C ;)



PBExpert, 

MKay

013-2288703

No comments:

Post a Comment